Breaking

Tuesday, September 29, 2015

RINDU PADA EMAK DAN ABAH YANG DAH PERGI


Rndu pada emak dan abah yang dah pergi..Abah dah lima belas tahun meninggalkan kami..Kini emak pula… Rindu bertamu lagi.....Ya….Allah… Semakin kuat rinduku bertamu dihati, Kenangan silam mengimbau kembali, Pastinya tak akan berulang lagi…. Kini, mak dan ayah telah pergi, menyambut panggilan Ilahi, Tinggallah kami…Melayari hidup ke destinasi yang tak pasti



Hari ini genap sebulan pemergian arwah mak ke rahmatullah.. Ada yang kata rasa sekejap , dah sebulan.. Tapi bagi aku sebenarnya bagai bertahun -tahun aku tak menatap wajah mak... Rindu nya , hanya Allah yang tahu...Jujurnya aku tak dapat gambarkan perasaan aku setiap kali balik kampong tanpa mak di rumah.. Rasa sayu , kosong , sunyi walaupun ketika kami adik beradik berkumpul bersama , suasana itu tetap tak sama ketika arwah mak ada.
Aku bersyukur kerana di beri peluang untuk memandikan arwah mak, kerana aku tahu itu adalah impian mak ketika hidupnya.. Dia mahu kami adik beradik menguruskan jenazahnya
Saat mengebumikan arwah mak adalah detik -detik terakhir bersamanya... Aku ada lima orang adik lelaki , syukur keenam-enam dapat mengangkat jenazah mak hingga ke liang lahad ,

Al-Fatihah.... Moga Roh arwah mak dan abah di tempatkan di kalangan orang yang soleh..


4 comments:

  1. Sedih saya membaca post ni,memang tidak akan serupa lagi tanpa kedua ibu bapa.

    ReplyDelete
  2. sama cikgu
    saya juga kangen ibu bapa

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah.Itulah yang selalu babah dan mama sebut mereka selalu cakap rindu dengan ibu bapa masing-masing..kalau PC yang cucu pun rindu atok dan nenek apatah lagi babah mama lebih mendalam rasa rindu mereka pada ibu bapa masing-masing.Allahu.

    ReplyDelete
  4. Selalulah sedekahkan Al-fatihah buat mereka.

    ReplyDelete